Wednesday, 20 May 2015

Pola Umum Menjahit Blouse


Blouse semakin menjadi pilihan masyarakat Malaysia sama ada golongan remaja mahupun golongan dewasa. Pemakaian blouse bukan sahaja selesa dan sopan, malahan ianya juga sesuai untuk digayakan dalam pelbagai function. Pada hari ini, insyaAllah akan dikongsikan cara atau pola asas untuk menjahit sesebuah blouse. Anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian dan kekreatifan anda.


Pola badan blouse

Pola tangan blouse

Selamat mencuba dan selamat berjaya.

Tuesday, 19 May 2015

Pemakaian Blouse Labuh yang Boleh Membuat Anda Lebih Tampil Bergaya

Pemakaian seseorang itu boleh melambangkan siapa dirinya. Jadi, jangan ambil mudah tentang penampilan ya!
Tidak dinafikan ramai wanita yang ambil mudah tentang penampilan mereka, sedangkan ia amat penting untuk keperibadian diri mereka sendiri.
Mahu tak mahu, wanita sebenarnya perlu bijak memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh mereka, perwatakan dan juga kawasan persekitaran. Blouse labuh tidak terkecuali menjadi kegemaran ramai wanita pada masa kini. Untuk itu, anda perlu tahu jenis-jenis blouse labuh yang semakin trendy dan mampu membuatkan anda tampil lebih menawan sekalipun anda mengenakan hijab.
Jenis-Jenis Blouse Labuh
1. Blouse labuh berbutang di hadapan
Blouse labuh jenis ini sangat popular di kalangan orang muda dan juga yang sudah berusia. Ia sangat sesuai jika dipakai untuk ke pejabat ataupun santai. Blouse labuh ini mempunyai pelbagai corak dan fabrik. Anda perlu bijak memilih warna dan corak yang sesuai dengan tona kulit anda serta pemilihan fabrik yang selesa adalah sangat penting.
2. Blouse labuh berbutang belakang
Blouse labuh yang berbutang di belakang biasanya mempunyai corak yang padat di bahagian depan. Corak yang ingin ditonjolkan akan lebih terserlah tanpa butang dihadapan. Terdapat pelbagai jenis potongan blouse labuh termasuklah yang mengikut bentuk badan ataupun yang longgar.
3. Blouse labuh paras bawah pinggul
Bagi yang memiliki pinggul yang besar, anda bolehlah mencuba blouse labuh jenis ini. Hal ini adalah kerana blouse labuh dapat menyembunyikan aset anda dari tersembur keluar dan kelihatan tidak cantik.  Terdapat pelbagai jenis corak ataupun kain bagi blouse jenis ini.
4. Blouse labuh paras lutut
Buat pengetahuan anda, blouse labuh jenis ini bukan sahaja boleh digayakan bersama seluar malah anda boleh memperbagaikan gaya dengan memakai kain labuh atau skirt kembang. Blouse labuh jenis ini sangat sesuai bagi anda yang memilik perut yang besar dan pinggul yang lebar. Pemakaian blouse labuh dapat memberi ilusi badan kelihatan kurus dan tirus.
5. Blouse labuh bertingkat
Potongan peplum digunakan untuk menjahit blouse labuh bertingkat. Blouse labuh ini menutup bahagian bawah badan anda seperti pinggul dan paha. Anda tidak perlu risau lemak-lemak di bahagian tubuh akan terbonjol keluar kerana potongan blouse labuh ini menepati citarasa peminat blouse yang mempunyai tubuh badan yang sedikit gempal.
6. Blouse labuh Muslimah
Wanita Muslimah sangat sukakan blouse labuh selain ia selesa untuk dipakai kemana sahaja. Potongan blouse labuh Muslimah biasanya agak besar dan lebar dan berlengan panjang. Anda boleh mempelbagaikan gaya blouse Muslimah dengan menggabungkan warna blouse labuh bersama seluar atau pun kain. 
7. Blouse labuh menyusu
Kini para ibu yang menyusu anak boleh bergaya sama seperti wanita lain. Blouse labuh menyusu ini sangat fleksibel kerana ia direka khas bagi memudahkan si comel anda untuk menyusu.
8. Blouse labuh bagi ibu mengandung
Wanita mengandung tidak terhad dengan hanya memakai baju mengandung. Kini blouse labuh direka khas sesuai dengan saiz kandungan dan memudahkan pergerakan ibu mangandung.
Tips memilih blouse labuh untuk wanita bertudung:
  • Teliti jenis fabrik yang digunakan. Selain selesa untuk dipakai, ada beberapa perkara lain yang perlu diambil kira antaranya ialah kain yang nipis atau melekat apabila dipakai. Blouse labuh jenis ini adalah tidak sesuai untuk wanita bertudung.
  • Elakkan blouse labuh yang mempunyai warna yang terlalu terang. Warna yang terang bukan sahaja sakit dipandang mata malah ianya tidak sesuai dipakai sehari-hari dan bimbang jika anda menjadi tumpuan ramai. 
  • Pilih blouse labuh yang tidak mempunyai corak kerawang kerana biasanya kerawang yang dijahit pastinya berlubang-lubang.
  • Pilihlah blouse labuh yang berlengan panjang supaya ianya sesuai dengan penampilan anda yang bertudung.
  • Gayakan blouse labuh dengan tudung yang sesuai bersama seluar atau skirt yang tidak ketat.


Read more: http://www.wom.my/gaya-hidup/blouse-labuh/#ixzz3aew768Er 
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook

Wednesday, 13 May 2015

Pengenalan blog busana Muslimah

Assalamualaikum warahmatullah,

Pertamanya, terima kasih kepada pengunjung yang sudi untuk mengunjungi blog kami. Tujuan kami membuat blog ini adalah untuk mengshare beberapa step dan langkah bagi membuat beberapa fesyen busana muslimah yang biasa dan mudah untuk diikuti. Selain itu, kami juga akan memaparkan beberapa jenis fesyen yang patuh syar'ie, mudah dan cantik untuk digayakan. Kami bukanlah dari golongan yang profesional mengenai bidang ini, namun kami akan cuba untuk memberikan beberapa step dan gambar-gambar bagi memudahkan pengunjung untuk mencuba segala busana yang kami bakal post. Saya berharap dengan adanya blog ini dapat memberikan sedikit sebanyak tips kepada sesiapa yang ingin mula menjahit pakaian dan yang berminat untuk menambah kemahiran. Terima kasih

Dress Muslimah 2015

Sejak dari tahun lepas iaitu tahun 2014, kebanyakan wanita di malaysia gemar untuk menggayakan beberapa fesyen yang menyerupai jubah, seperti dress labuh, jubah abaya dan bermacam lagi. Fesyen yang berbentuk jubah ini banyak menarik perhatian wanita Malaysia terutamanya golongan remaja, dan ini menunjukkan perkembangan yang baik bagi fesyen Muslimah kerana semakin ramai wanita yang ingin mencari fesyen yang patuh syariah. Di sini saya akan kongsikan beberapa dress dan fesyen jubah yang menjadi kegilaan dan trend bagi remaja Muslimah kini.

Dress Labuh

Dress Labuh




Tuesday, 5 May 2015

Cara membuat Pola Baju Kurung
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah tentu ramai wanita diluar sana yang berkeinginan mahu belajar menjahit. Asyik membeli baju yang sudah siap sahaja , kadang-kadang membuatkan kita bosan dengan cara jahitan dan gaya seseorang. Disini kami kongsikan cara paling mudah untuk membuat baju kurung.
Baju Kurung:
Pola baju kurung tak susah macam baju-baju lain. Straight forward. Tak payah lukis kat kertas pun tak apa, boleh terus potong pada kain. Tapi, kalau baru nak belajar tu, better lukis atas kertas dululah, takut nanti serong pulak kain yang dipotong. Kat bawah ni saya sertakan pola baju kurung dan skirt susun tepi.
A - lebar bahu
B - labuh baju
C - panjang tangan
D - bukaan tangan
E - pesak bawah (untuk saiz saya "S", saya guna 3 1/2")
F - pesak atas (saya ambil 2 1/2")
G & H - kekek (saya ambil 2 1/2")
I - lubang leher (normal adalah 6")
J&K - lubang leher (normal adalah 4" setiap satu)
L - B tolak D
X - lilitan punggung bahagi 2 + 1"
Y - labuh skirt
Z - untuk susun tepi (biasanya saya ambil 21" bahagi 3 parts, so akan jadi 4 lipatan)
Cara jahit baju
* Cantumkan kedua-dua pesak dengan kekek dahulu, kemudian cantum tangan pula
Tebuk leher pada kain berasingan dan lekatkan pada kain untuk badan. Tampal kain tersebut pada kain badan (jahit keliling lubang dan garisan K). Lepas jahit baru tebuk lubang leher pada kain badan mengikut lubang leher pada kain berasingan tadi.
* Kemudian, cantumkan kain badan yang dah siap lubang lehernya dengan kain pesak yang telah bercantum dengan kekek dan lengan tadi.
Kemaskan bukaan lengan dan bahagian bawah baju dengan jahitan silang pangkah.
Cara jahit skirt
*Cantum kain terlebih dahulu dan tinggalkan ruang untuk zip pada bahagian atas.
Jahit Zip
* Lipat kain di sebelah zip untuk dijadikan susun tepi. Ikut garisan yang dibuat. Jahitkan bahagian lipatan tersebut 8" dari atas untuk kemasan.
*Jahit pinggang sama ada dengan menggunakan pinggang keras atau pinggang getah.
*Jahit bahagian bawah skirt untuk kemasan.
Then siap!!! Selamat mencuba...